Sunday, 22 December 2013

Misteri pusara lama tanpa nama di tengah bandar

ALOR SETAR: Sebuah pusara lama yang wujud di tepian Sungai Kedah di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, Kedah mengundang pelbagai persoalan sekaligus menjadi sebuah misteri yang masih belum terjawab sehingga kini.

Apa yang menjadi persoalan ialah ketiadaan papan tanda dan kawasan perkuburan tersebut seperti diabaikan walaupun sebelum ini ada kerja-kerja pemuliharaan cuba dilakukan pihak tertentu.

Penduduk yang tinggal berdekatan mendakwa perkuburan itu telah wujud sejak awal abad ke-19 lagi dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi bagi negeri Kedah.

Ia dikatakan kubur seorang tokoh ulama terkenal di Kedah iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh yang juga merupakan penasihat agama kepada Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

Kawasan perkuburan itu juga mungkin dapat membuktikan kewujudan sebuah perkampungan yang diasaskan tokoh ulama tersebut dan sebuah surau kepunyaannya bertujuan untuk mengajar agama.

Bagaimanpun tiada kesan-kesan membuktikan kewujudan surau terbabit di sekitar perkampungan itu namun mengikut catatan ahli sejarahwan, tapak asal surau ulama terbabit adalah di bangunan mahkamah lama.

Perkuburan itu kini dilihat terbiar serta persekitaranya dipenuhi semak samun.

Selain itu, batu-batu nisan yang ada sebilanganya telah hilang dan tenggelam akibat mendapan serta hakisan.

Turut kelihatan tiga kubur bersebelahan pusara itu yang telah musnah kerana sebatang pokok besar yang tumbuh di tengah-tengahnya.

Penduduk yang ditemui memohon perhatian pihak berkuasa kerana kubur tersebut merupakan sumber sejarah bernilai tinggi untuk negeri dan Malaysia amnya.

Mereka turut menyatakan kebimbangan kerana terdapat unsur-unsur khurafat di sekitar perkuburan dek kerana tiada kawalan oleh pihak bertanggungjawab.

Selain itu, terdapat sebuah binaan konkrit yang dipercayai sebuah tugu peringatan pahlawan Jepun yang terbunuh ketika menentang British sekitar tahun 1941 dalam mempertahan jambatan di sungai berkenaan daripada diletupkan.

Saturday, 21 December 2013

Ini Baru Betul-Betul Santa Calus

He’s making a list, and checking it twice – but not before spending a night parkouring across the houses of naughty people.
A fly-on-the-wall video has taken a look into Santa’s busy evenings in the run up to Christmas, revealing that he also seems to moonlight as an urban explorer.
A two-minute clip shows free runner Ronnie Shalvis dressed as Father Christmas navigating the natural obstacles and houses around him.
Santa doesn’t expect to be get caught, so a young boy in the video that notices him is a bit shocked when he slips and falls off a roof.

Sunday, 15 December 2013

Bagaimana Gadis 16 Tahun Ini Boleh Mengandung Tanpa Hilang Dara?

Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.

Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti.Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”

Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.

Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusan yang diterima tetap sama.“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama. Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.

Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar.

Saturday, 14 December 2013

Cakar Wajah Sendiri Sebelum Digantung

Tehran, Iran – Seorang pemuda telah dipaksa untuk 'berkahwin' dengan seorang gadis di Iran sehari sebelum gadis berkenaan dihukum bunuh. Tujuan 'perkahwinan' tersebut berlansung semata-mata bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan keatas gadis berkenaan.

Remaja lelaki yang tidak dimaklumkan identitinya itu merupakan pengikut pemimpin Spiritual Iran, Ali Khameini. Memetik laporan The Jurussalem Post, pemuda yang baru berumur 18 tahun ini telah diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan wanita muda yang akan menjalani hukuman bunuh.

Berdasarkan undang-undang Agama Syiah di Iran, seseorang wanita yang masih dara tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati. Maka untuk 'mengesahkan' undang-undang berkenaan, pemerintah Iran telah mengadakan upacara 'perkahwinan' kecil-kecilan dengan seorang pemuda yang 'terpilih' pada malam sebelum wanita muda berkenaan menjalani hukumannya.

Usai 'perkahwinan' pada malam itu, wanita dan pemuda berkenaan telah melakukan hubungan seks yang sekaligus meragut 'daranya' lalu membolehkan hukuman mati dilaksanakan pada keesokkan harinya.

“Saya menyesal kerana telah melakukannya (hubungan seks) meskipun perkara itu 'sah',”

Pemuda berkenaan menambah, dirinya tidak akan pernah melupakan saat-saat ketika malam menjelang hari hukuman mati isterinya. 

“Saya selalu teringat saat dia menangis setelah hubungan seks itu selesai,” ujarnya.

“Dan saya tidak akan pernah lupa ketika dia mencakar-cakar wajahnya dengan kukunya sendiri sehingga terjadi luka hasil goresan,” ceritanya sedih.